Term & Conditions

SYARAT DAN TERMA PERJANJIAN PERMOHONAN PEMBANTU RUMAH – PERMOHONAN INDIVIDU

1. Majikan hendaklah memahami bahawa kami hanyalah sebagai Konsultan yang membantu majikan  berurusan dengan Agen Negara Sumber bagi mendapatkan calon Pembantu Rumah.

2. Majikan hendaklah membaca  dan memahami dahulu PANDUAN URUSAN dan SALES AGREEMENT agar perkara berbangkit di kemudian hari tidak berlaku. Majikan hendaklah memahami bahawa setelah   majikan menerima Pembantu Rumah, proses menuntut wang balik ianya adalah TIDAK DIBENARKAN.  Kos pengurusan akan diambil kira bermula dari proses menguruskan calon Pembantu dari Indonesia hingga ke Malaysia jika majikan menuntut wang kembali.

3. Pihak Konsultan dan Agen Negara Sumber akan menggantikan Pembantu Rumah lain jika ia berada dalam tempoh jaminan 3 bulan dan menepati syarat iaitu Pembantu Rumah Lari, Pembantu Rumah gagal Fomema dan Pembantu Rumah Undur Diri tidak mahu bekerja.   Hari pertama adalah dikira dari tarikh penerimaan Pembantu Rumah oleh Majikan.

4. Bagi tujuan mendapatkan gantian Pembantu Rumah yang berada dalam tempoh jaminan 3 bulan, majikan hendaklah menyerahkan Gaji Harian sebanyak RM25/hari (PRT Indonesia &Kemboja) RM35/hari (PRT Filipina), Paspot Antarabangsa Pembantu Rumah, Laporan Polis dan Bukti resit pembayaran kepada Pihak Konsultan. Paspot dan Laporan Polis ini akan dihantar kepada Agen Negara Sumber sebagai bahan bukti bagi tujuan mendapatkan gantian pembantu Rumah Tangga. Sila beri masa utk proses gantian kerana proses mencari calon bekerja PRT bukanlah mudah.

5. Sebagai majikan saya memahami bahawa proses utk mencari gantian Pembantu Rumah adalah selama 1 hingga 3 bulan. Saya bersetuju utk memberikan tempoh masa tersebut kepada Pihak Konsultan utk berunding dengan Agen Negara Sumber@PT  bagi mencari calon yg sesuai dan layak utk bekerja di rumah saya.

6. Majikan hendaklah menandatangani BORANG B10 (Borang Imigresen)  iaitu perakuan sebagai memohon Pembantu Rumah secara permohonan Individu. Majikan hendaklah hadir di Pejabat Imigresen.

7. Pihak Majikan hendaklah mengisi dan menandatangani Borang Term and Conditions dan Borang Sales Agreement sebagai persetujuan bagi pihak kami menguruskan permohonan Pembantu Rumah dengan pihak Agen Negara Sumber dan bagi mendapatkan jaminan 3 bulan. Sila scan dan emel kpd Pihak Konsultan.

8. Majikan hendaklah memahami bahawa segala jaminan dan gantian adalah dari pihak Agen Negara Sumber. “BACK TO BACK GUARANTEE”. Tempoh utk sebarang gantian Pembantu Rumah  adalah tertakluk kepada Pihak Agen Negara Sumber. Kadangkala masa untuk proses gantian memakan masa dan pihak majikan hendaklah sabar menunggu.

9. Sekiranya majikan telah menerima Pembantu Rumah, Pembantu Rumah telah bekerja dan dokumen permohonan telah dihantar,  majikan TIDAK berhak menuntut bayaran penuh dengan mengambil kira kerja-kerja pengurusan yang telah dibuat oleh pihak Agen Negara Sumber dan Konsultan dalam menguruskan kemasukkan Pembantu Rumah yang dipilih.

10. Bagi kes majikan yang ingin menamatkan rundingan permohonan Pembantu Rumah Tangga kerana tidak sedia menunggu urusan perkhidmatan mendapatkan Pembantu Rumah Tangga Baru atau Gantian,  Pihak Konsultan hanya bersedia menggantikan separuh dari kos bayaran yang dikeluarkan setelah mengambil kira upah hari bekerja PRT dan kos membawa masuk Pembantu Rumah Tangga yang dihantar kepada majikan.

11. Pihak Konsultan berhak untuk mencadangkan gantian Pembantu Rumah yang baru sekiranya calon Pembantu Rumah yang dipesan  tidak dapat masuk ke Malaysia atas sebab laporan medikal Indonesia gagal atau tidak mendapat kelulusan Paspot dari Pihak Imigresen Negara Sumber atau sebab-sebab lain yang berpunca dari Agen Negara Sumber.  Majikan akan tetap mendapat jaminan 3 bulan.

12. Sebarang pemulangan duit adalah tertakluk kepada Pihak Agen Negara Sumber dan pengiraan segala kos pengurusan  spt Pembuatan Paspot, Pengangkutan, penyediaan laporan medikal, kos tempat tinggal, Makan Minum, pengangkutan, tiket penerbangan dan penyediaan dokumen permohonan.  Kadar Gaji harian Pembantu Rumah Tangga adalah sebanyak RM25 hingga RM35 akan dikira. Setelah itu barulah baki dipulangkan kepada Majikan.

13. Sebarang masalah yang berlaku berhubung dengan Pembantu Rumah hendaklah dirujuk terus kepada pihak Konsultan Pembantu Rumah dan tiada pihak ketiga. Pihak yang terbabit dalam perbincangan@mesyuarah adalah Majikan, Pembantu Rumah Tangga, Konsultan dan Agen Negara Sumber.

14. Majikan hendaklah memahami bahawa kos bayaran kepada Pihak Imigresen dan Kos Fomema ditanggung sendiri oleh pihak Majikan. Sekiranya majikan ingin menukar Pembantu Rumah yang lain kos ini turut ditanggung lagi oleh pihak majikan.  Bagi Pembantu Rumah Tangga dari Filipina , kos membuat permit kerja adalah ditanggung oleh majikan. Ini adalah KOS HANGUS.

15. Bagi kes Pembantu Rumah Lari dari rumah majikan dan majikan ingin menuntut gantian Pembantu Rumah Baru, majikan hendaklah menyerahkan 3 bulan jumlah potongan gaji Pembantu Rumah  dan bayaran caj pengurusan membawa masuk Pembantu Rumah Baru. Kos tersebut meliputi kos membuat Paspot, kos penyediaan laporan medikal, kos  tiket pesawat dan kos pengangkutan dari negara Sumber ke Malaysia.

16. Sekiranya Pembantu Rumah yang dihantar tidak sesuai utk bekerja dengan majikan dan majikan ingin mengembalikan kepada pihak Konsultan, bayaran perkhidmatan yang perlu dibayar oleh majikan adalah bayaran gaji harian Pembantu Rumah RM25/hari hingga RM35/hari dan caj pengangkutan penghantaran@tol sebanyak RM500.  Jaminan terhadap Pembantu Rumah adalah selama 3 bulan.

17. Saya sebagai majikan memahami segala maklumat yang telah diberikan oleh Pihak Konsultan adalah jelas dan saya tidak akan menuntut sebarang tindakan undang-undang terhadap pihak Konsultan yang telah membantu saya menguruskan mendapatkan Pembantu Rumah dari Negara Sumber.

Saya memahami kandungan dan syarat dan terma perjanjian seperti yang dinyatakan diatas oleh Pihak Konsultan Pembantu Rumah pada Panduan Urusan dan Sales Agreement permohonan Pembantu Rumah.

…………………………………………………………………………

( tandatangan majikan )

NAMA PENUH MAJIKAN : ……………………………………………………

NO KP : ……………………………………………………………………………

NAMA PEMBANTU RUMAH YG DIPILIH : ………………………………..

TARIKH : …………………………………………………………………………

* Sila cetak terma dan syarat perjanjian ini, tandatangan dan kurier@emel kpd kami.

Emel :  muslimahmaid@gmail.com

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s