Panduan Urusan

PANDUAN URUSAN MENDAPATKAN KHIDMAT PEMBANTU RUMAH MUSLIM INDONESIA@KEMBOJA@FILIPINA  2012

* Majikan hendaklah memahami bahawa kami adalah Konsultan Pembantu Rumah yang menguruskan Permohonan Pembantu Rumah secara Individu. Majikan boleh memohon terus dari Pihak Agen Negara Sumber dengan Pihak Kami memberikan khidmat nasihat rundingan.  Permohonan Individu bermaksud majikan perlu hadir di Pejabat Imigresen utk proses permohonan Pembantu Rumah Tangga.

Majikan perlu hadir ketika proses menghantar dokumen kali pertama kerana majikan akan melalui proses temuduga yg akan dijalankan oleh Pegawai Imigresen, semasa mengambil kelulusan Surat Pas Lawatan Kerja Sementara PLKS dari Pejabat Jabatan Imigresen dan semasa proses menampal pelekat@sticker permit kerja Pembantu Rumah.

Urusan dari tempoh permohonan JP Visa akan mengambil masa 1 bulan lebih dan ia bergantung kpd pihak penguruan Jabatan Imigresen.

Majikan boleh hadir sendiri dan sila maklumkan jika memerlukan bantuan khidmat Runner sebagai panduan dan petunjuk.

Majikan hendaklah mengetahui dan memahami  bahawa Kos Imigresen dan Kos Fomema dan  kos utk menguruskan permit kerja Pembantu Rumah Tangga adalah dibiayai oleh Majikan sendiri kerana ini adalah KOS HANGUS. 

Sila baca “SALES AGREEMENT” dan “TERM AND CONDITIONS” sebelum proses khidmat runding kami sebagai Konsultan Pembantu Rumah dijalankan.

Majikan hendaklah menanggung kos bayaran SPECIAL PASS sebanyak RM100 sekiranya tempoh tinggal Pembantu melebihi masa iaitu lebih daripada 30 hari berada di Malaysia.

Sekiranya majikan selesa dengan tawaran khidmat kami, kami mengalu-alukan utk bekerjasama dengan mana-mana majikan di Malaysia.

CARA BAYARAN DAN PROSES :-

1) Sila email atau tinggalkan nombor HP untuk dihubungi jika berminat untuk mendapatkan khidmat nasihat Konsultan Kami  +012 964 2994. Sekiranya Pegawai kami berada di luar kawasan sia guna talian SMS Hotline kami +6010 8874 676.

2) Jika majikan setuju melantik kami sebagai Konsultan mengurus Pembantu Rumah bagi pihak majikan, sila baca maklumat Panduan Urusan spt di Laman Sesawang  http://muslimahmaid.com    Sila rujuk Pakej harga khidmat kami utk rujukan sebelum proses dilakukan.  Sila SMSkan emel tuan kpd +6010 8874 676 dan Pegawai Kami akan emelkan Sales Agreement atau Invois.

Sila isi Borang Perjanjian (SALES AGREEMENT FORM) dan emel kpd kami bersama TERM AND CONDITIONS FORM sebagai tanda setuju utk berurusan bagi mendapatkan khidmat runding kami.

Bakal Majikan hendaklah mengisi dengan lengkap  BORANG MAKLUMAT MAJIKAN SECARA ONLINEhttp://cvmajikan.blogspot.com

BAYARAN PERTAMA boleh dibuat sebagai tanda setuju utk melantik kami sebagai Konsultan bagi pihak Majikan.

A. Kaedah CALLING VISA.

B. Kaedah JP VISA  (JOURNEY PERFORMED VISA)

3) Sila ikuti langkah panduan permohonan PRT, sila hantar dokumen yang diperlukan kepada kami utk mengisi dokumen utk pihak Imigresen. Setelah lengkap borang yg mengandungi dokumen Imigresen, Borang Perjanjian Kerja, Laporan Medikal Pembantu dan Salinan Paspot yang lengkap akan dihantar ke majikan.

4) Majikan akan hantar borang permohonan Pembantu Rumah ke Imigresen. Kelulusan selepas 7 hari, (CALLING VISA),  30 hari (JP VISA).  Majikan hendaklah  sediakan bayaran levi RM480 (Pembantu Rumah Indonesia), RM500 (Pembantu Rumah Kemboja)  dlm bentuk Wang Kiriman Pos dan dibuat atas nama PENGARAH  IMIGRESEN NEGERI…………………..

Bagi kes Permohonan JP VISA,( Pembantu Rumah Indonesia)  majikan dikehendaki menyediakan bayaran kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia sebanyak RM530/-. Bayaran hendaklah dibuat secara Money Order @Bank Draf.

Cth Jika Permohonan di buat di Imigresen Shah Alam, Wang Kiriman Pos hendaklah dibuat atas nama PENGARAH IMIGRESEN NEGERI SELANGOR

5) Sila Kurier Surat Calling Visa@Surat Pas Lawatan Kerja Sementara Asal dan Resit Levi Asal/Original yang diterima dari Pihak Imigresen kepada Kami. Majikan hendaklah buat bayaran BAYARAN KEDUA.

6) Surat kelulusan (CALLING VISA) beserta resit levi Asal akan dipos ekspres/Kurier kepada Agen Negara Sumber. Majikan hendaklah memberikan tempoh 1 hingga 3 bulan utk proses CALLING VISA di negara Sumber. Proses yang terlibat adalah proses Endorsement Paspot di Konsulat Malaysia, Proses di Kementerian Tenaga Kerja dan Buruh, Proses Kementerian Hubungan Luar Antara Bangsa dan Jabatan Imigresen Negara Sumber itu sendiri.

7) Pembantu Rumah tiba kira-kira 1-3 bulan dari tarikh calling visa dihantar ke Agen Negara Sumber. Sila buat BAYARAN KETIGA setelah terima Pembantu Rumah di Pintu Masuk Malaysia samada di Lapangan Terbang atau di Pelabuhan. Majikan hendaklah hadir semasa proses menjemput Pembantu Rumah tersebut

Keseluruhan Proses akan ambil masa 1-3 bulan. Jangkamasa tertakluk kpd perubahan dan pelbagai faktor yg dijangka atau diluar jangkaan spt kelulusan pihak berkuasa, perubahan polisi kerajaan, kesediaan pengangkutan, kesediaan pembantu, cuaca dan lain lain. Kita hanya merancang dan Allah yang menentukannya.

Setelah Pembantu Rumah  tiba di Malaysia, Sila jemput Pembantu di Airport LCCT SEPANG /KLIA @Pelabuhan Klang.

9) Majikan hendaklah uruskan proses Pendaftaran Fomema. Sila bawa Wang Kiriman Pos sebanyak RM190/- atas nama FOMEMA SDN BHD. Proses daftar hendaklah dibuat dengan segera kerana majikan hanya ada tempoh 1 bulan utk proses tampal sticker. Sekiranya proses penghantaran dokumen ke Jabatan Imigresen Malaysia dihantar lebih dari satu minggu, majikan hendaklah bersedia untuk membuat permohonan Special Pass utk Pembantu Rumah dengan membawa Pembantu tersebut ke Jabatan Imigresen pada hari ke 30 dan dikenakan bayaran sebanyak RM100/-

10) Setelah proses pendaftaran FOMEMA selesai , Pembantu Rumah hendaklah dibawa ke Panel Klinik Fomema yang telah dipilih dari senarai klinik berdaftar. Bagi memudahkan majikan, sila daftar Panel Klinik Fomema yang ada menyediakan perkhidmatan pemeriksaan darah, air kencing bersama Xray. One Stop Center Panel Klinik.

11) Sila tunggu 10 HARI utk keputusan Online Kesihatan Pembantu. Sila semak keputusan ONLINE di http://www.fomema.com.my

12) Setelah keputusan “Suitable” diperolehi dari Laman Web Fomema Sdn Bhd sila bawa Paspot Pembantu Rumah ke Pejabat Imigresen utk proses Tampal Sticker. Pembantu Rumah tidak perlu dibawa ke Pejabat Imigresen.

Kes Pembantu Rumah dibawa ke Pejabat Imigresen biasanya adalah kes perlu buat Special Pass utk tempoh sebulan akibat keputusan FOMEMA lambat. Majikan hendaklah selalu berhubung dengan pihak Panel Klinik Fomema atau Fomema sekiranya rayuan kedua perlu dibuat.

* Harga Khidmat Runding kami sebagai Konsultan adalah tertakluk kepada Pakej Harga Perkhidmatan.

MAKLUMAT PENTING KEPADA BAKAL MAJIKAN :-

* Kami adalah Konsultan yang menawarkan khidmat runding kepada mana-mana majikan di Malaysia yang yakin dan percaya dengan khidmat kami. Kami membantu majikan di Malaysia berurusan terus dengan Agen di Negara Sumber seperti Kemboja, Filipina dan Indonesia. Majikan hendaklah memahami bahawa proses permohonan yang dibuat adalah PERMOHONAN INDIVIDU.

*  Sila berikan maklumat CV Majikan sebagai bakal majikan tanda setuju menggunakan khidmat kami sebagai Konsultan utk menguruskan Pembantu Rumah.

* Pembantu Rumah yang diuruskan oleh Pihak Kami ada jaminan 3 bulan. Jaminan adalah terhadap kes seperti :-

a. Pembantu Rumah Lari dari Majikan

b. Pembantu Rumah Gagal Pemeriksaan Kesihatan Fomema Malaysia

c. Pembantu Rumah Undur Diri dan tidak mahu bekerja dengan Majikan.

Pembantu yang bermasalah biasanya akan diberi khidmat nasihat kaunseling. Majikan hendaklah memahami bahawa proses melatih manusia bukanlah mudah, jadi tempoh dan masa diperlukan utk sesi kaunseling tersebut.

Utk tujuan mendapatkan gantian Pembantu Rumah yang berada dalam tempoh jaminan 3 bulan, majikan dikehendaki memberikan perkara berikut sebagai syarat mendapatkan Gantian Pembantu Rumah :

a. Majikan hendaklah menyerahkan Paspot Asal Pembantu Rumah.

b. Majikan hendaklah menyerahkan Laporan Asal Polis atas sebab Pembantu Rumah Lari.

c. Majikan hendaklah memberikan Buku Akaun Bank/Rekod pemberian wang gaji sebagai rekod sokongan.

d. Majikan hendaklah membayar gaji Pembantu mengikut bilangan hari bekerja spt Pembantu Rumah Indonesia@Kemboja ialah RM25/hari dan Pembantu Rumah Filipina ialah RM35/hari.

e. Semua maklumat/dokumen yang diberikan ini akan dihantar kepada Agen Negara sumber bagi tujuan mendapatkan gantian. Tempoh untuk Gantian Pembantu Rumah adalah 1 sehingga 3 bulan. Majikan hendaklah bersabar kerana proses untuk mencari calon Pembantu Rumah bukanlah mudah. Banyak proses yang perlu dilalui di dalam mencari calon Pembantu yang rajin, jujur dan amanah.

* Sekiranya maklumat spt diatas tidak dapat dihantar kepada Pihak Agen Negara Sumber, kesulitan seperti tiada gantian atau lambat gantian kemungkinan akan dihadapi oleh Pihak Majikan. Biasanya tempoh gantian akan memakan masa hingga 3 bulan.

Kes Tuntutan Ganti Rugi Pembantu Rumah Lari dari Rumah Majikan sekiranya majikan ingin menuntut wang semula@Tidak mahu Gantian Pembantu Rumah

1. Majikan hendaklah menyerahkan Laporan Polis, resit bukti bayaran dan Paspot Antarabangsa Pembantu Rumah kepada Pihak Kami.

2. Majikan hendaklah membayar jumlah gaji harian sebanyak RM25/- sehari hingga RM35/hari berdasarkan kepada tarikh Pembantu Rumah mula bekerja sehingga tarikh akhir Pembantu bekerja di rumah majikan kepada pihak kami.

* Contoh jika PRT bekerja selama 20 hari dgn kadar RM25/hari  majikan dikehendaki membayar kepada Pihak Kami sebanyak RM500.00

3. Majikan hendaklah membayar kos pengurusan membawa masuk Pembantu Rumah yang telah ditempah dan digunakan ke Malaysia. Kos adalah meliputi pembuatan Paspot, Penyediaan Laporan Kesihatan, Kos Tiket Pesawat dari Indonesia ke Malaysia, Kos Tiket Feri Indonesia ke Malaysia, Kos Pengangkutan  di Indonesia, Kos Sara Hidup Makan Minum di Penampungan@Asrama,  dan kos penyediaan dokumen permohonan Pembantu Rumah.  Jumlah kos adalah RM3000

4. Setelah ambilkira semua kos pengurusan di atas dan hasrat majikan utk membatalkan Permohonan mendapatkan Gantian Pembantu Rumah barulah Pihak Kami akan menguruskan pemulangan baki.  Sila beri masa 1 hingga 3 bulan untuk urusan pemulangan wang.

Untuk urusan pertukaran majikan tempoh yang dibenarkan adalah dalam masa 1 bulan dari tarikh Pembantu mula berkhidmat.

Bagi Majikan yang ingin membuat pertukaran Pembantu Rumah selepas tempoh 1 bulan, bayaran caj perkhidmatan bagi mendapatkan Pembantu Rumah Baru adalah sebanyak RM3000 akan dikenakan. Kos ini adalah meliputi kos membuat Laporan Medikal, Paspot Pembantu Rumah Baru, Kos Pengangkutan, Kos Tiket Pesawat dan caj pengurusan membawa masuk Pembantu Rumah Baru.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s