Pakej Pembantu Rumah Muslim Kemboja 2012
Kami ingin mengucapkan terima kasih kerana tuan sudi utk berurusan dengan kami, Konsultan Pembantu Rumah.
Majikan hendaklah memahami bahawa urusan permohonan adalah dibuat secara PERMOHONAN INDIVIDU di mana majikan hendaklah hadir semasa proses berurusan dengan Pihak Imigresen dan pihak FOMEMA.
Kami sebagai Konsultan akan memberikan khidmat nasihat bagaimana proses berurusan dengan Agen Negara Sumber spt Indonesia dan Kemboja atau PT boleh dibuat.
Pakej Permohonan Pembantu Rumah Muslim Kemboja 2012
Salam, untuk makluman semua pelanggan yang dihormati dan dirahmati Allah.
Pakej yang ditawarkan adalah TIDAK TERMASUK dengan Bayaran Levi(RM430), Fomema(RM190)dan Duti Stem (RM30/-). Pembantu Rumah yang diuruskan kami mendapat jaminan terus iaitu selama 3 bulan dari pihak agen Kemboja.
Bagi kes Pembantu Rumah Lari, Kos hangus seperti Tiket Pesawat/Flight, Bayaran Levi, Fomema, Denda dan Stem Hasil adalah dibawah tanggungjawab majikan. Agen hanya akan menggantikan dokumen biodata.
Bagi kes penghantaran pulang Pembantu Rumah balik ke negara asal atas sebab GAGAL FOMEMA atau UNDUR DIRI, majikan hendaklah menggunakan wang gaji Pembantu Rumah utk pembelian tiket kapalterbang atau feri. Cth jika Pembantu telah bekerja selama 30 hari, gaji adalah minima RM600 (Rujuk Pakej Gaji) Wang gaji Pembantu hendaklah digunakan untuk pembelian tiket kapalterbang atau tiket Feri. Baki daripada gaji tersebut boleh diserahkan kepada Agen untuk tujuan proses Pembantu Rumah Baru. Untuk Pakej Baru, majikan boleh mendapat pakej spt pakej awal dengan syarat Pembantu Rumah diuruskan penghantaran balik dengan menggunakan gaji Pembantu itu sendiri. Kadar Harian Gaji Pembantu Rumah adalah RM25/- sehari.
Bagi permohonan pertukaran pembantu rumah atas pilihan majikan sendiri dalam tempoh jaminan, Kos hangus adalah ditanggung oleh majikan dan caj pertukaran sebanyak RM3500 dikenakan kepada majikan.Kos hangus adalah meliputi Tiket Flight, Kos Levi, Fomema dan Stem Hasil.
Bagi bayaran gaji harian Pembantu Rumah yang dalam percubaan, Gaji adalah RM25/-, Cth jika bekerja selama 10 hari Kos yang perlu dibayar oleh majikan kepada Agen adalah sebanyak RM250/-
Sila rujuk kepada terma perjanjian Permohonan Pembantu Rumah :-
1. Panduan Urusan
2. Term & Conditions
3. Sales Agreement
Segala peraturan menggunakan khidmat Pembantu Rumah adalah tertakluk kepada Peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Tenaga Kerja Malaysia. Diantaranya adalah :-
a. Pembantu Rumah hendaklah diberi waktu yang rehat/tidur secukupnya 8 jam sehari.
b. Gaji adalah tertakluk kepada gaji pasaran semasa dan majikan hendaklah membuka akaun bank. Pembantu Rumah henndaklah diberikan gaji minima RM600/- sebulan
c. Kebajikan Pembantu hendaklah dijaga dengan baik.
d. Bagi Pembantu yang lari, majikan dikehendaki membuat laporan Polis bagi tujuan membatalkan Pas Lawatan Kerja Sementara. Paspot dan Laporan Asal Polis hendaklah diserahkan kepada agen bagi tujuan gantian baru (Selagi dalam tempoh jaminan 3 bulan)
f. Peraturan terkini mengikut syarat Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Tenaga Kerja Malaysia
Gaji Minima PRT Kemboja : RM600 sebulan
Wang Pendahuluan : * 3 bulan
* Tertakluk kepada Agen Negara Sumber Kemboja
Majikan hendaklah memahami bahawa kami adalah Konsultan yang menawarkan khidmat Perunding dan menguruskan permohonan Pembantu Rumah Secara Permohonan Indvidu. Permohonan Individu bermaksud majikan perlu hadir semasa berurusan dengan pihak Imigresen Malaysia.
TEMPOH JAMINAN :-
* Tempoh jaminan 3 bulan dikira bermula hari pertama berkhidmat dengan majikan. Kadar bayaran khidmat PRT adalah bersamaan RM25 bagi satu hari. Jika 10 hari bekerja maka bayaran sebanyak RM250 perlu dibayar kepada Agen Malaysia. Bagi majikan yg berminat utk terus mengambil PRT bayaran khidmat bagi tempoh 10 hari adalah dikecualikan dan tempoh tersebut akan ditolak dari 3 bulan bermula khidmat.
Penting !!! Pakej adalah bergantung kepada bekalan yang ditawarkan dari Agen Kemboja. Semua PRT diberi jaminan 3 bulan dari tarikh mula bekerja dengan majikan. Kategori pakej akan dimaklumkan di dalam siaran maklumat biodata Pembantu Rumah Muslim Kemboja. Segala jaminan adalah terus daripada agen di Kemboja (BACK TO BACK GUARANTEE).
Majikan harus maklum bahawa bila berurusan dengan Agen Kemboja terdapat risiko gantian lambat atau tiada gantian daripada Agen Kemboja. Hal ini adalah akibat masalah berpunca daripada pihak ketiga seperti Pembantu Rumah itu sendiri yang membatalkan keinginan mereka utk datang ke Malaysia pada saat-saat akhir walaupun semua kos seperti Urusan biaya Paspot, Laporan Medikal dan termasuk Tiket Pesawat telah ditanggung sepenuhnya oleh pihak Agen. Majikan/Pelanggan harus maklum bahawa persaingan yang sengit utk mendapatkan Pembantu yang baik dan kualiti tinggi utk bekerja di Malaysia bukanlah senang didapati kerana ramai di kalangan mereka lebih bersedia bekerja di rantau Timur Tengah dan juga Hong Kong serta Taiwan kerana tawaran gaji yang diberikan lebih lumayan iaitu melebihi RM1000 sebulan.
Mereka yang datang ke Malaysia majoriti terdiri dari Gred B dan C. Agen hanya bertindak sebagai konsultan dalam menguruskan pembantu rumah dan tidak mampu untuk menjangka dan menanggung sebarang liabiliti luar jangka dan risiko akibat kelemahan dan kesilapan pihak ketiga iaitu Pembantu Rumah itu sendiri.