DOKUMEN YANG DIPERLUKAN APABILA BERURUSAN DENGAN PIHAK IMIGRESEN ( Permohonan Baru)
1. 2 Keping gambar ukuran pasport (suami dan isteri)
2. 2 Keping gambar ukuran Paspot Pembantu Rumah
3. Salinan kad pengenalan majikan (suami dan isteri)
4. Salinan sijil nikah
5. Salinan surat beranak atau kad pengenalan anak-anak. ( Umur anak bawah 15 th)
6. Salinan kad pengenalan dan surat beranak orang tua ( Jika jaga orang tua sakit )
7. Salinan 3 slip bulan gaji terkini. ( Suami dan Isteri)
8. Pengesahan LHDN spt Borang J@EA@BE form atau E Filing terkini. (Suami dan Isteri)
9. Surat Pengesahan oleh majikan berhubung jawatan yg disandang, jumlah gaji terkini utk Suami dan Isteri. (Tidak perlu untuk kakitangan kerajaan.)
10. Salinan Bil Utiliti spt Bil Air @ Bil Elektrik @ Bil Telefon Rumah
11. Pengesahan sakit daripada pusat rawatan pakar atau hospital, dan dokumen berkaitan pertalian saudara bagi kes menjaga orang sakit. ( Tambahan )
12. Maklumat Pemilikan Syarikat spt SDN BHD atau ENTERPRISE (Jika Berniaga Sendiri)
13. Surat Akuan Sumpah Pendapatan (Jika berniaga sendiri)
14. Bank Statement (Jika berniaga sendiri)
15. Maklumat Sokongan lain spt tender dan sumber pendapatan (Jika berniaga sendiri)
* MAJIKAN adalah bermaksud Ketua Keluarga spt Suami @ Anak yang masih bujang ingin mengambil Pembantu Rumah Menjaga Orang Tua @ Wanita yang kematian suami atau Ibu Tunggal ingin Pembantu Rumah bagi menjaga anak.
* Sila isi borang CV MAJIKAN untuk tujuan rekod permohonan kepada pihak kami dan maklumat adalah dirahsiakan.
* Majikan adalah dikehendaki membaca SALES AGREEMENT dan TERM & CONDITIONS sebelum berurusan dengan kami supaya tiada masalah berbangkit di kemudian hari kerana Pihak Kami akan bertindak sebagai Konsultan dan Penasihat kepada Majikan.
* Majikan hendaklah memahami bahawa proses permohonan Pembantu Rumah adalah PERMOHONAN INDIVIDU.
* Permohonan Individu bermaksud majikan perlu hadir sendiri sewaktu berurusan dengan Jabatan Imigresen Malaysia. Kami sebagai Konsultan akan memberikan nasihat dan bimbingan kepada majikan berhubung cara dan etika berurusan agar proses permohonan Pembantu Rumah berjalan dengan lancar.
· NOTIS PENTING !!!!!!
* Sekiranya permohonan dibuat PAS LAWATAN KERJA SEMENTARA @JP VISA – Majikan hendaklah hadir di Pejabat Imigresen Malaysia utk proses temuduga.