Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2013

PUTRAJAYA – Berikut ialah senarai barisan kabinet Persekutuan 2013 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini:

Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri:
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Abdul Wahid Omar (akan dilantik sebagai senator)
Datuk Seri Idris Jala (Senator)
Tan Sri Joseph Kurup
Datuk Seri Shahidan Kassim
Nancy Shukry
Datuk Joseph Entulu Belaun
Datuk Paul Low Seng Kuan (Senator)

Timbalan Menteri: Datuk Razali Ibrahim
Timbalan Menteri: P.Waythamoorthy (akan dilantik sebagai senator)

Kementerian Kewangan
Menteri I : Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan

Kementerian Pelajaran
Menteri I: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri II Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan Menteri I: Datuk Mary Yap
Timbalan Menteri II: P.Kamalanathan

Kementerian Dalam Negeri
Menteri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Menteri: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri: Datuk Jailani Johari

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: Hamim Samuri

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Menteri: Datuk Seri G. Palanivel
Timbalan Menteri: Datuk James Dawos Mamit

Kementerian Pengangkutan
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (pangku)
Timbalan Menteri: Datuk Aziz Kaprawi

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Menteri: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tajuddin Abdul Rahman

Kementerian Pertahanan
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri

Kementerian Kerja Raya
Menteri: Datuk Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

Kementerian Kesihatan
Menteri: Datuk Seri Dr S.Subramaniam
Timbalan Menteri:Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya

Kementerian Belia dan Sukan
Menteri: Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan

Kementerian Sumber Manusia
Menteri: Datuk Richard Riot
Timbalan Menteri: Datuk Ismail Abdul Muttalib

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Menteri:  Datuk Hasan Malek
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (akan dilantik senator)

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim
Timbalan Menteri: Datuk Azizah Mohd Dun

Kementerian Luar Negeri
Menteri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainuddin

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Menteri: Datuk Abdul Rahman Dahalan
Timbalan Menteri: Datuk Halimah Sadique

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Datuk Noriah Kasnon

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi

Kementerian Wilayah Persekutuan:
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan air
Menteri: Datuk Seri Maximus Ongkili
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi:
Menteri: Datuk Dr Ewon Ebin
Timbalan Menteri Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah

- Bernama

KOS PENGAMBILAN PEMBANTU RUMAH INDONESIA DITETAPKAN

January 05, 2013

KUALA LUMPUR, 5 Jan — Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (PAPA) hari ini mengumumkan kos pengambilan pembantu rumah Indonesia ditetapkan pada harga RM6,700, berkuatkuasa serta merta.

Struktur kos baharu itu tidak termasuk tambahan RM1,800 sebagai pinjaman kepada pembantu rumah untuk berkongsi yuran Penempatan Tenaga Kerja Indonesia Sektor Domestik di Indonesia.

“Kos sebenar majikan hanya RM6,700,” kata Presiden PAPA, Jefrrey Foo, pada sidang media di sini, semalam. “Struktur kos itu dicapai selepas rundingan berpanjangan dengan rakan kami, Asosiasi Perusahaan Jasa Tenaga kerja Indonesia (APJATI), sejak beberapa bulan kebelakangan ini.”

Di bawah Memorandum Persefahaman (MoU), sebelum ini antara kerajaan Indonesia dan Malaysia, bayaran kepada agensi pembantu rumah asing Indonesia ditetapkan sebanyak RM4,511 iaitu RM2,711 dibayar oleh majikan dan RM1,800 oleh pembantu rumah berkenaan.

Foo memperjelaskan struktur kos baharu sebanyak RM6,700 itu adalah munasabah selaras dengan permintaan dan bekalan pasaran.

Beliau meramalkan bahawa struktur kos baharu itu boleh menarik lebih 10,000 pembantu rumah Indonesia ke Malaysia. Beliau juga percaya cadangan yuran baharu itu akan diterima oleh kerajaan kedua-dua negara itu.

“Kami mengakui dan menghargai niat baik Kementerian Sumber Manusia dalam membenarkan PAPA mencadangkan dan mamatuhi struktur harga yang adil,” katanya.

Foo berkata proses pengambilan pembantu rumah Indonesia melalui anggota persatuan itu akan dilakukan mengikut prosedur yang betul dan di kawal selia.

“Kami akan melibatkan rakan kami di Indonesia (APJATI) dalam mengenal pasti calon-calon yang sesuai yang akan direkrut dan dilatih,” katanya. “Kami menjangka sambutan yang baik daripada mereka dalam beberapa bulan akan dating.”

Sementara itu, Foo berkata APJATI akan membuka sebuah pejabat perwakilan asing di Malaysia bulan depan bagi memantau kebajikan dan keselamatan pekerja mereka di negara ini. — Bernama

CIRI CIRI PEMBANTU RUMAH YANG BAIK?

Ada orang tanya saya, bagaimana mahu mendapatkan seorang pembantu rumah yang baik. Bagaimana hendak tahu pembantu rumah itu solat, berpuasa atau menutup aurat. Susah saya nak jawab soalan ini. Tetapi dari pengalaman saya. Saya memang meminta pembantu rumah dari agen seorang yang bersolat, berpuasa dan menutup aurat. Tetapi bila saya dapat pembantu rumah, datang kepalanya togel, pakai pula seluar pendek. Rasa nak marah? Tapi saya tahan. Bagi saya itu dugaan saya. Saya harus mendidik pembantu rumah saya bukan sahaja mengenai kerja rumah tetapi perihal menutup aurat, bersolat dan berpuasa.
Ini dari pengalaman saya. Apa yang saya telah lakukan sepanjang saya mendidik pembantu rumah saya.
1. Saya beritahu dia, kena solat. Duduk rumah saya suka tak suka kena solat. Nanti malaikat rahmat tidak masuk ke rumah orang yang tidak solat. Saya bercakap dengan cara yang lemah lembut tetapi tegas

2. Pembantu rumah saya tidak menutup aurat, saya belikan dia seluar panjang. Belikan dia tudung dan semua pembelian saya itu saya tidak tolak dari gajinya. Saya anggap sebagai hadiah.

3, Berpuasa, pembantu rumah saya sebelum ini tidak berpuasa katanya. Jadi saya temankan dia berpuasa ganti. Saya berpuasa sunat dan dia berpuasa ganti mana yang dia tidak berpuasa. Selagi daya saya boleh membantu saya bantu. Kemudian bila bulan ramadhan nampak dia sangat letih, saya bergurau dan cuba memahami. Saya selalu cakap..tak apa dua jam lagi, pergi rehat. Tak apa sejam lagi.  Teruskan..memang macam budak-budak tetapi jangan dibentak. Kita harus bagi dia semangat berusaha berpuasa. Saya juga berpuasa enam bersama-sama dengannya dan kami bersahur dan berbuka bersama.

4. Anggap dia sebagai keluarga supaya dia selesa. Setiap kali sebelum tidur saya ajar Qaisara berdoa dan pembantu rumah saya Sri Sariyanti Kasan Rejo pasti akan masuk dalam doa kami. Jadi kadangkala bila si kecil yang mulut banyak itu bercerita yang saya dan dia berdoa untuk bibik saya, bibik saya sangat bangga dan berbesar hati. Bahkan dia pernah menangis dan mengatakan, tidak ada orang yang berdoa untuknya selama ini kecuali kami.

5. Saya bawa dia bercuti dan kadangkala saya bagi dia duit untuk membeli belah ditempat percutian. Kalau saya ke mana-mana tanpa dia, dialah saya dan suami paling ingat untuk dibelikan cenderahati.

6. Mengenali keluarganya, bila dia pulang bercuti kekampung pasti akan saya titipkan buah tangan untuk emak, ayah, kakak, anaknya dan saudara maranya.

7. Saya juga berkunjung ke rumah pembantu rumah saya, menerima keluarganya sebagai keluarga saya. Bagi saya kalau satu hari nanti dia tidak bekerja dengan saya, saya tetap anggap dia keluarga saya.

8. Saya jarang menegur pembantu rumah saya, tidak cerewat di dalam bab makan, tidak pernah mengata masakannya tidak sedap (tetapi biasanya saya yang masak). Saya memberi kebebasan dia berkawan, bahkan saya mengenali semua kawan-kawannya dan majikan kawan-kawannya. Saya bantu kawannya yang di dalam kesusahan jika perlu.

9. Selalu berkongsi cerita, bahkan rasanya dia lebih banyak bercerita dari saya. Jika saya demam dia yang risau keterlaluan kerana saya akan menjadi seorang yang senyap dan dia tidak ada kawan bercerita. Ha ha ha..

10. Saya mengajar Qaisara menghormati dia seperti mana Qaisara menghormati saya, babanya dan saudara maranya. Tidak sesekali saya membiarkan Qaisara membentak-bentak hanya kerana dia pembantu rumah.

11. Semuanya saya serahkan pada ALLAH, tetapi saya sering membersihkan hati saya untuk tidak mengganggap dia pembantu rumah yang harus dilayan dengan layanan pembantu rumah. Siapa pun dia saya harus hormati dia sebagai manusia yang jauh daripada keluarga untuk mencari rezeki dan Alhamdulilah, dia menghormati saya sebagai seorang kakak dan kawan.

12. Saya yakin kalau kita bersikap baik dengan pembantu rumah kita, berdoa selalu pada ALLAH insya-ALLAH kita akan mendapat pembantu rumah yang bersikap baik dengan kita juga.

Wanita BN Mahu Kerajaan Urus Pengambilan Pembantu Rumah

KUALA LUMPUR, 10 Jan – Wanita Barisan Nasional (BN) hari ini menggesa kerajaan Malaysia dan Indonesia mengambil alih urusan pengambilan pembantu rumah warga asing di negara ini bagi mengawal kos pengambilan yang semakin melambung.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata sekiranya pendekatan kerajaan dengan kerajaan (G2G) dilaksanakan, kos pengambilan pembantu rumah warga asing diharap dapat dihadkan sekitar RM3,000 hingga RM4,000 sahaja.

“Jika kerajaan ambil alih, kosnya dapat dikurangkan sebab kerajaan boleh bawa ramai pembantu rumah sekali gus (termasuk) menerusi penerbangan tambang rendah yang dicarter dengan lebih teratur,” katanya di sini.

Shahrizat berkata Wanita BN juga tidak bersetuju dengan kos pengambilan pembantu rumah yang dilapor ditetapkan Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa) iaitu RM6,700.

Beliau berkata ia terlalu tinggi dan tidak mampu ditanggung ramai keluarga yang memerlukan pembantu rumah, selain menambah tekanan kepada wanita sama ada yang bekerja atau suri rumah yang memerlukan amah bagi membantu menguruskan keluarga.

Mengulas lanjut, Shahrizat berkata kerajaan mungkin boleh melantik sebuah agensi khusus untuk menguruskan pengambilan pembantu rumah asing.

“Kerajaan boleh adakan satu pelan dan bekerjasama dengan agensi tersebut. Kita mahu satu proses yang lebih lancar, bersih dan berpatutan,” katanya.

Jumaat lepas, Papa mengumumkan kos pengambilan pembantu rumah Indonesia ditetapkan pada RM6,700 selain tambahan RM1,800 yang akan ditolak daripada gaji pembantu rumah berkenaan berkuat kuasa serta-merta.

Bagaimanapun, Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerjaan Malaysia (Pikap) tidak bersetuju dengan kos yang diumumkan Papa dan sebaliknya menyerahkan kepada kerajaan untuk membuat pengumuman rasmi mengenai kadar kos itu.

 

Kos ambil amah Indonesia ditetapkan RM6,700

SUMBER : MALAYSIAKINI

Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (PAPA) hari ini mengumumkan kos pengambilan pembantu rumah Indonesia ditetapkan pada harga RM6,700, berkuatkuasa serta merta.

Struktur kos baharu itu tidak termasuk tambahan RM1,800 sebagai pinjaman kepada pembantu rumah untuk berkongsi yuran Penempatan Tenaga Kerja Indonesia Sektor Domestik di Indonesia.

“Kos sebenar majikan hanya RM6,700. Struktur kos itu dicapai selepas rundingan berpanjangan dengan rakan kami, Asosiasi Perusahaan Jasa Tenaga kerja Indonesia (APJATI) sejak beberapa bulan kebelakangan ini,” kata Presiden PAPA, Jefrrey Foo pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

Di bawah Memorandum Persefahaman (MoU) sebelum ini antara kerajaan Indonesia dan Malaysia, bayaran kepada agensi pembantu rumah asing Indonesia ditetapkan sebanyak RM4,511 iaitu RM2,711 dibayar oleh majikan dan RM1,800 oleh pembantu rumah berkenaan.

Foo memperjelaskan struktur kos baharu sebanyak RM6,700 itu adalah munasabah selaras dengan permintaan dan bekalan pasaran.

Beliau meramalkan bahawa struktur kos baharu itu boleh menarik lebih 10,000 pembantu rumah Indonesia ke Malaysia.

Beliau juga percaya cadangan yuran baharu itu akan diterima oleh kerajaan kedua-dua negara itu.

“Kami mengakui dan menghargai niat baik Kementerian Sumber Manusia dalam membenarkan PAPA mencadangkan dan mematuhi struktur harga yang adil,” katanya.

Foo berkata proses pengambilan pembantu rumah Indonesia melalui anggota persatuan itu akan dilakukan mengikut prosedur yang betul dan di kawal selia.

“Kami akan melibatkan rakan kami di Indonesia (APJATI) dalam mengenal pasti calon-calon yang sesuai yang akan direkrut dan dilatih. Kami menjangka sambutan yang baik daripada mereka dalam beberapa bulan akan datang,” katanya.

Sementara itu, Foo berkata APJATI akan membuka sebuah pejabat perwakilan asing di Malaysia bulan depan bagi memantau kebajikan dan keselamatan pekerja mereka di negara ini.

- Bernama

Gambar Banjir Kilat Di Kuantan Pahang Malaysia pada 24 December 2012

Sumber IPK Pahang

Untuk Makluman yang telah dinaiki air iaitu Jalan Tanah Putih Baru menghala ke Bandar Kuantan Sehingga Jambatan sebelum Giant, Jalan Utama Bukit Setongkol, Jalan Utama Tok Sira, Kawasan Perumahan Kuantan Garden, jalan Dihadapan Kuantan Specialist Centre, Lorong Sira Lorong 19, Kawasan-kawasan Sekitar Semambu terdapat pokok-pokok tumbang. dan banyak di perumahan galing yang khususnya di tepi sungai berhampiran. Mohon kerjasama orang kuantan tidak mengunakan jalan terbabit bagi mengelakan kesesakan lalu lintas. Bagi yang ingin ke Pusat bandar Kuantan.. dinasihatkan supaya menangguhkan untuk ke bandar buat sementara waktu.

[Image: ?di=SGEX]
[Image: ?di=JGCK]
[Image: ?di=EBH6]

[Image: ?di=3GFU]

[Image: ?di=4NZZ]

[Image: ?di=8YM7]

[Image: ?di=6DLB]
[Image: ?di=FIS0]
[Image: ?di=S5UI]

[Image: ?di=KSXV]

[Image: ?di=2T4B]

[Image: ?di=IWN2]

[Image: ?di=W5KI]

[Image: ?di=I42C]

[Image: ?di=ES0Z]

[Image: ?di=E5J5]

[Image: ?di=38VD]

[Image: ?di=GLRG]

[Image: ?di=JOPZ]

[Image: ?di=U5AM]
[Image: ?di=VX57]
[Image: ?di=2Z6B]

[Image: ?di=HBKP]

[Image: ?di=B5J9]
[Image: ?di=COQH]

GAMBAR SEKITAR BANJIR DI KUANTAN PAHANG

Salam. Beberapa kawasan di sekitar bandar Kuantan hari ini dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat yang berlarutan sejak malam semalam. Kejadian itu juga menyebabkan beberapa jalan utama di pusat bandar mengalami kesesakan lalulintas setelah jalan raya dinaiki air sedalam hingga 1.5 meter. Berikut adalah laporan yang dipetik mengenai keadaan banjir kilat di Kuantan Pahang.

Antara jalan yang ditenggelami air setakat pukul 3 petang ini ialah Jalan Tun Ismail Satu, Jalan Beserah, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Abd Aziz, Jalan Mahkota, Jalan Bukit Ubi, Jalan Air Putih, Jalan Pasar dan Terminal Makmur.

Tinjauan Bernama di beberapa kawasan sekitar pusat bandar mendapati banyak kenderaan yang terkandas di jalan raya dan beberapa premis serta pusat beli-belah utama terpaksa menutup perniagaan akibat situasi yang tidak terduga itu.

Di kawasan Air Putih dan Semambu, orang ramai mula meninggalkan rumah masing-masing seawal pukul 10 pagi dan menyelamatkan barangan keperluan utama setelah paras air sebatang anak sungai di Kuantan melimpah dan naik sehingga 1 meter.

Tinjauan juga mendapati beberapa taman perumahan iaitu di Sungai Isap, Taman LKNP, Bukit Setongkol, Taman Perumahan Transit Quarters dan Taman Teratai turut ditenggelami air antara 0.1 meter dan satu meter.

Sementara itu di Jerantut, polis menasihati 10,000 penduduk yang tinggal di kawasan rendah sepanjang Sungai Tembeling dan Sungai Pahang di daerah itu supaya berpindah segera jika paras air kedua-dua sungai naik.

Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Azid Ismail berkata keadaan cuaca yang tidak menentu dengan hujan setiap petang sejak tiga hari lalu boleh menyebabkan air Sungai Tembeling dan Sungai Pahang naik bila-bila masa.

Bercakap kepada Bernama hari ini, beliau turut menasihati 50 pengusaha bot pelancong ke Taman Negara supaya menghentikan segera perkhidmatan jika paras air Sungai Tembeling naik. Ini, katanya sebagai langkah berjaga-jaga dan bagi mengutamakan
keselamatan penumpang.

Sementara itu, Kuantan hari ini lumpuh akibat banjir teruk yang disifatkan penduduknya paling teruk sejak empat dekad lalu. Ia dilaporkan bermula sebelum tengah hari tadi selepas hujan selama lebih 10 jam. China Press menyifatkannya sebagai banjir paling teruk melanda Kuantan sejak 1971.

Menurut Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Pahang, 14 simpang jalan utama di Kuantan ditenggelami air setinggi kira-kira 1 meter pada jam 11 pagi tadi. “Operasi menyelamat masih lagi berlangsung,” kata seorang petugas di pusat kawalan itu sambil menambah air telah mula surut secara perlahan-lahan.

Menurutnya, petugas-petugas banjir sedang memantau paras air di Sungai Galing dan Sungai Isap dan kenyataan rasmi mengenai perkembangan terkini bencana itu bakal diketahui jam 8 malam nanti.

Beribu-ribu orang dipercayai terjejas akibat banjir tersebut dan gambar-gambar kenderaan tersadai akibat banjir itu sudah mula dikongsi dengan pantas di laman media sosial. Seorang penduduk Kuantan, Hasnul Hisham memberitahu Malaysiakini bahawa Jalan Beserah adalah paling teruk terkesan akibat banjir itu.

“Air Sungai Galing melimpah keluar dan tembok penahan di Sekolah Kebangsaan Galing juga telah pecah,” kata Hasnul. -mk-

Sehubungan dengan itu pelbagai pihak termasuk pihak NGO memberi pertolongan. Hubungi nombor berikut untuk info dan bantuan :-

  • Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Pahang (HQ Kuantan) 09-5142999 atau 09-5052276 atau 09-5052294. Untuk senarai penuh Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) semua Daerah di Negeri Pahang sini klik [ENTER]
  • Bilik Gerakan Banjir Pemuda PAS di Pahang, sila hubungi sdr Sharudin 0139191721 dan Fadli 0199111163.

Berikut pula adalah No. HOTLINE BILIK GERAKAN BANJIR bagi PEMUDA PAS NEGERI yg telah dibuka setakat ini :-

  • Perlis : Mior Hassan 0194575605
  • Kedah : Ust Zelani 0194156624
  • Penang : Norazman 0134076770
  • Perak : Ariff Shaarani 0134213636
  • Kelantan : Nik Asmawi 0129289859
  • Terengganu : Ust Saiful Anbiya 0199229158
  • Pahang : Sharudin 0139191721 fadli 0199111163
  • Johor : Faizul Salleh 0136263800
  • Melaka : Mohd Puhat 0122428942
  • Kuala Lumpur : Shidi 0122428942